Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

Kepentingan Jiran
Di dunia ini kita tidak akan dapat hidup sempurna dengan bersendirian. Kita perlu hidup bermasyarakat. Peranan jiran adalah amat penting dalam hidup bermasyarakat. Banyak perkara dapat dilakukan dengan adanya jiran dan masyarakat yang baik.
Sebagai contoh, kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita sekiranya kita tiada di rumah. Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut hari-hari perayaan atau cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.
Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama yang akan membantu kita sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar kita ke hospital. Selain itu anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu ketika berlaku kecemasan.
Masyarakat kita terkenal dengan semangat bergotong-royong. Kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dan mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Semua jiran yang berhampiran akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu dan sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.
Selain daripada itu, kita juga boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran. Hal ini dapat meringankan masalah yang dihadapi. Kita juga boleh berbual-bual dan berbincang bersama-sama jiran kita. Ini boleh mengeratkan lagi tali persaudaran dan perpaduan.
Daripada contoh-contoh di atas jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.

Panduan mudah menjawab bahagian A
Panduan mudah menjawab bahagian A, Penulisan Bahasa Melayu UPSR(Membina Ayat).
1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (Siapa)
Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......
2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa)
Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,berbaris,memotong,membasuh......
3. Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.....
4. Gunakan kata sifat jika sesuai.
Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.....
5. Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk.....
Contoh membina ayat mudah:
1. Seorang murid lelaki sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin.
2. Seorang lelaki sedang bersiar-siar di taman bunga.
3. Sekumpulan pelajar sedang duduk di bawah sepohon kayu yang rendang.
* Mungkin sesuai kepada sebahagian murid (lemah/sederhana).

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Edit From: Asuhan Penulisan Lestari UPSR
1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu.
2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam.
3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai.
4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut.
Edit From: Asuhan Penulisan Lestari UPSR
Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 1
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.
2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.
3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.
4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.
5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.
Edit From: Asuhan Penulisan Lestari UPSR
1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.
3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.
4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.
5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.
Edit From: Asuhan Penulisan Lestari UPSR
Final Countdown UPSR 2010
Berdebar rasa hati.UPSR kian hampir.Rasa seperti mahu tanggal jantung.Guru-guru dan murid sama sahaja.Masa harus dikejar bak kata pepatah Arab"Waktu umpama pedang, jika kita tidak memotong waktu, waktu akan memotong kita".Kasihanpun ada melihat situasi murid.Saban waktu ada sahaja aktiviti yang terpaksa disertai. Bermula dengan kelas pagi, tambahan petang,malam dan masa cuti.Apapun keadaan kita harus berani berubah demi mencapai cita.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pentadbir,guru-guru, murid-murid, ibubapa, PIBG, Pengurusan Felda, Jabatan Pendidikan dan badan-badan swasta yang sentiasa membantu melaksanakan aktiviti sepanjang masa agar kegemilangan SKB3 dapat dicapai dan dikekalkan.
Sebahagian murid tahun 6 yang menduduki ujian April 2010

Kelas Bimbingan Upsr
Langgan:
Catatan (Atom)