SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula di bina pada penghujung tahun 1984, iaitu sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985.

Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 4. Pada hari pertama sekolah ini di buka murid yang mendaftar bagi sekolah ini ialah seramai 161 orang. Dari sehari ke sehari bilangan murid yang masuk ke sekolah ini semakin meningkat dan ini menyebabkan timbulnya kekurangan bilik darjah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah mengarahkan pelajar bagi tahun 5 dan 6 dipindahkan ke sekolah Kebangsaan Sri Besout pada 14.1.1985. ini beerti sekolah ini hanya menampung murid-murid dari tahun 1 hingga 4 sahaja.

Sehingga akhir tahun 1985 jumlah murid sekolah ini ialah seramai 220 dan 8 tenaga pengajar termasuk seeorang guru besar iaitu En Mohd Yusof Bin Taib. Terdapat 2 orang pegawai bukan guru iaitu Cik Noraini Jali dan En Razali Rahman.

Pada 1986 bilangan murid di sekolah ini semakin meningkat. Pada bulan Januari 1986, jumlah murid seramai 241 orang dalam 6 buah kelas. Bilangan tenaga pengajar seramai 8 orang dan bukan guru 2 orang.

Pada 1987 jumlah murid bertambah dengan pesatnya. Pada bulan Januari sahaja jumlah murid meningkat kepada 453 dan terpaksa di jalankan 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi untuk murid tahun 1,2 dan 5 manakala sesi petang pula murid tahun 3 dan 4. 8 buah kelas sesi pagi dan 4 buah kelas sesi petang. Jumlah tenaga pengajar ketika itu 17 orang.disebabkan kekurangan bilik darjah sesi pagi, pihak sekolah terpaksa meminjam 3 buah bilik dari sekolah agama rakyat yang berhampiran untuk di jadikan kelas.

Pada 3.3.1987, bangunan sekolah baru yang mempunyai 6 bilik darjah telah di bina. Projek ini adalah hasil daripada gotong royong. Selepas tarikh tersebut, semua persekolahan di jalankan 1 sesi sahaja. Pada bulan Julai, seramai 6 orang pelatih dari IPSI telah menjalankan latihan mengajar selama 5 bulan. Pada 15.11.1987, Guru Besar sekolah ini telah bertukar ke Trolak Timur dan diganti oleh Tuan Hj Abdul Rahim bin Hj. Abdul Hamid PPN,PJK iaitu Guru Besar daripada Trolak Timur.

Pada 1988, jumlah murid telah meningkat kepada 521 orang yang belajar pada 13 buah bilik darjah. Tenaga pengajar pada ketika itu seramai 21 orang. Pada Januari 1989, jumlah murid meningkat ke 686 orang dengan 21 tenaga pengajar dan seorang guru besar.

Pada tahun 1990 pertama kalinya persekolahan diadakan pada Disember 1989. Pada ketika itu jumlah murid seramai 802 orang. 3 blok bangunan baru telah siap dan membolehkan pelajar belajar dalam satu sesi sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kumpulan Blog Yang Diterbitkan

Pengikut

player

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP