Majlis Perpisahan Saudara Azhar b. Hamzah

Kata pepatah,
“Gajah mati meninggalkan gadingnya dan harimau mati meninggalkan belangnya,
dan manusia mati meninggalkan namanya”.










Di sana padi di sini padi
Itulah nama sawah dan bendang
Disana budi disini budi
Baru sempurna bernama orang


Kalau ada pauh didaik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang
Tambah Imej


Gotong-royong Perdana



Pertandingan Deklamasi Sajak Minggu Anti Dadah SKB3


Ketika ini sedang berlangsung pertandingan deklamasi sajak sempena Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.

Kepentingan Jiran

Di dunia ini kita tidak akan dapat hidup sempurna dengan bersendirian. Kita perlu hidup bermasyarakat. Peranan jiran adalah amat penting dalam hidup bermasyarakat. Banyak perkara dapat dilakukan dengan adanya jiran dan masyarakat yang baik.

Sebagai contoh, kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita sekiranya kita tiada di rumah. Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut hari-hari perayaan atau cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.

Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama yang akan membantu kita sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar kita ke hospital. Selain itu anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu ketika berlaku kecemasan.

Masyarakat kita terkenal dengan semangat bergotong-royong. Kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dan mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Semua jiran yang berhampiran akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu dan sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

Selain daripada itu, kita juga boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran. Hal ini dapat meringankan masalah yang dihadapi. Kita juga boleh berbual-bual dan berbincang bersama-sama jiran kita. Ini boleh mengeratkan lagi tali persaudaran dan perpaduan.

Daripada contoh-contoh di atas jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.

Program Anti Dadah SKB3 - 13-19 Mei 2010

Tajuk : Program Anti Dadah Peringkat Sekolah , 2010

Senarai Program Dan Pelaksanaan



Bil.

Tarikh

Program

Tindakan

1

13.4.2010

(Selasa)

10 minit Program Anti Dadah – “Jauhi najis dadah – Bina jati diri pelajar cemerlang.”

En. Ahmad Rafie

2

14.4.2010

(Rabu)

10 minit Program Anti Dadah – “Apa itu dadah.”

En. Ahmad Rafie

3

15.4.2010

(Khamis)

10 minit Program Anti Dadah – “ Enam jenis dadah berbahaya.”

En. Ahmad Rafie

4

16.4.2010

(Jumaat)

10 minit Program Anti Dadah – “Bahan yang disalahgunakan.”

En. Ahmad Rafie

5

20.4.2010

(Selasa)

10 minit Program Anti Dadah – “Keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah.”

En. Ahmad Rafie

6

21.4.2010

(Rabu)

10 minit Program Anti Dadah – “Akibat Menagih Najis dadah.”

En. Ahmad Rafie

7

22.4.2010

(Khamis)

10 minit Program Anti Dadah –“Sebab-sebab penagihan.”

En. Ahmad Rafie

8

23.4.2010

(Jumaat)

10 minit Program Anti Dadah –“ Tanda-tanda penagihan dadah.”

En. Ahmad Rafie

9

30.4.2010

(Jumaat)

10 minit Program Anti Dadah – “ Mengenal pasti tempat tumpuan penagih dadah.”

En. Ahmad Rafie

10

5.5.2010

(Rabu)

10 minit Program Anti Dadah –“ Dasar Dadah Negara.” & Memabaca Perutusan KPPM

En. Ahmad Rafie

11

6.5.2010

(Khamis)

10 minit Program Anti Dadah – “Undang-undang dadah Malaysia.”

En. Ahmad Rafie

12

7.5.2010

(Jumaat)

10 minit Program Anti Dadah – “Peratusan Penagih Dadah Mengikut Bangsa.”

En. Ahmad Rafie

13

3.5.2010 -21.5.2010

Kuiz Anti Dadah.

En. M. Shaberi / En. Noraffandi / En. Hasrul Affandi

14

4.5.2010

(Selasa)

Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster

En. Ah. Dusuki /

Pn. Mazlina

15

12.5.2010

(Rabu)

Pertandingan Sajak Anti dadah

Pn. Rafizan / Pn. Zuraida

16

19.5.2010

(Rabu)

Pertandingan Pidato

En. Jamri / Pn. Munirah / Pn. Norhashimah

17

19.5.2010

(Rabu)

Pertandingan Sketsa

Guru Kelas Tahap 2.

18

19.5.2010

(Rabu)

Majlis Penyampaian Hadiah.

Tn. Hj. Roslan / Cik Hardawati / En.Badrul/ En.Zainuddin /Pn.Wan


Perincian Program



1. Pertandingan Mewarna / Melukis Poster


- Penyertaan : Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2


- Pertandingan mengikut Tahun ( Hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga)



2. Pertandingan Pidato / Syarahan


- Terbuka kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6


- Pertandingan mengikut Tahun (Hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga)



3. Sketsa


- Setiap kelas Tahap 2 dikehendaki menghantar wakil (8 orang dalam satu kumpulan)


- Tema : Anti Penyalahgunaan Dadah.


- Pertandingan mengikut tahap (Tahap 2)

- Hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga



4. Pertandingan Membuat Buku Skrap


- Penyertaan : Tahap 2 sahaja


- Pertandingan mengikut Tahun (Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6)


- Hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.



5. Pertandingan sajak


- Penyertaan : Tahap 1 dan Tahap 2


- Pertandingan mengikut Tahap (Tahap 1 dan Tahap 2)


- Hadiah tempat Pertama, Kedua dan Ketiga



6. Pertandingan Kuiz


- Terbuka kepada semua murid (Tahap 1 dan tahap 2)


- Pertandingan mengikut Tahun (Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6)


- Hadiah tempat pertama, Kedua dan Ketiga.



Hadiah


Tempat pertama : 36 X RM4.00 = RM144.00


Tempat kedua : 36 X RM3.00 = RM108.00


Tempat ketiga : 36 X RM2.00 = RM 72.00


Jumlah RM324.00



Lain-lain

Buku Skrap : 10 x RM3.00 = RM30.00/


Fotostat : RM20.00

Panduan mudah menjawab bahagian A

Panduan mudah menjawab bahagian A, Penulisan Bahasa Melayu UPSR(Membina Ayat).

1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (Siapa)
Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......

2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa)
Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,berbaris,memotong,membasuh......

3. Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.....

4. Gunakan kata sifat jika sesuai.
Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.....

5. Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk.....

Contoh membina ayat mudah:

1. Seorang murid lelaki sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin.
2. Seorang lelaki sedang bersiar-siar di taman bunga.
3. Sekumpulan pelajar sedang duduk di bawah sepohon kayu yang rendang.

* Mungkin sesuai kepada sebahagian murid (lemah/sederhana).

ORGANISASI PANITIA AGAMA ISLAM 2010

Kumpulan Blog Yang Diterbitkan

Pengikut

player

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP