Perjumpaan Semula (Reunion) Bekas Pelajar UPSR 1988 SK Besout 3

Pada 28 November yang lalu, bertempat di kantin SK Besout 3 diadakan perjumpaan bekas pelajar SK Besout 3 sesi UPSR 1988.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa majlis perjumpaan yang julung-julung kali diadakan ini, saudara Remy, program tersebut diadakan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama bekas pelajar SK Besout 3 sesi UPSR 1988, bekas guru-guru SK Besout 3 dan pentadbiran sekolah sekarang disamping mengimbau kembali kenangan manis mereka ketika berada di sekolah rendah.

Dalam majlis tersebut beberapa orang bekas huru turut hadir antaranya Tn. Hj Badrul Azman, cikgu Hajah Haslina, Cikgu Bakhtiar Abadi b Saleh dan ustazah Salasiah.

Kesemua bekas pelajar yang hadir amat gembira dan berbesar hati kerana kehadiran beberapa orang guru yang mendidik mereka terutama cikgu Bakhtiar yang sanggup datang dari jauh. 

Bekas pelajar turut berpakaian sekolah rendah bagi menostalgiakan pengalaman mereka di sekolah ini pada suatu ketika dahulu.









Diharapkan majlis seumpama ini akan terus diadakan bagi meningkatkan hubungan baik sesama bekas pelajar dan guru-guru disamping mewujudkan kesinambungan hubungan antara pihak pentadbiran SK Besout 3 sekarang dengan bekas pelajar dan guru terdahulu. 

Sebahagian bekas pelajar masih bermastautin di tempat mereka belajar dan meneruskan kerjaya masing-masing di sini dan di kawasan sekitar. Mereka turut menyumbang kepada jatuh bangunnya SK Besout 3. Justeru pihak sekolah juga boleh memainkan peranan agar bekas pelajar ini merasa mereka dihargai.

Pada masa akan datang,  ahli jawatankuasa harus berusaha terus untuk mengumpul lebih ramai kehadiran bekas pelajar dan guru . 

Pihak pentadbiran sekolah juga boleh bekerja sama dan membantu usaha murni mereka sekurang-kurangnya dengan menghantar beberapa orang wakil bagi meraikan mereka. 

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Program Perjumpaan Semula Bekas Pelajar dan Guru-guru SK Besout 3 Sesi UPSR 1988. 

Semoga usaha kita tidak terhenti di sini.

Orientasi ke Sekolah Menengah

Baru-baru ini juga telah berlangsung hari Orientasi ke sekolah menengah yang dijayakan oleh Panitia Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Besout 3 dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Unit Koperasi Sekolah, SMK  (F) Besout.

Program ini bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan murid-murid tahun 6 tentang peluang dan kemudahan belajar yang disediakan di SMK (F) Besout yang dikenali juga sebagai sekolah Bestari Luar Bandar.







Hi Tea SK Besout 3 dan Majlis Meraikan Pertukaran Guru 2015

Bertempat di FELDA Residens Hot Spring Park Sungai Kelah telah berlangsung Program Hi Tea sempena berakhirnya sesi persekolahan 2015 baru-baru ini.

Majlis tersebut telah ditaja dan diselenggarakan oleh Kelab Guru SK Besout 3 yang dipengerusikan oleh En. Zulkifli b Piai bersama-sama ahlijawatankuasanya.

Dalam majlis yang sama, SK Besout 3 juga telah meraikan beberapa orang guru yang telah bertukar dan akan bertukar.

Guru-guru tersebut ialah Pn. Rafizan bt Abdul Samad yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan di SK Besout 4, En. Zainuddin b Mat Syariff yang bertukar ke SK Perlok dan Pn. Yusniza bt Ishak yang diluluskan pertukarannya ke SK Sungai Pari, Ipoh.

Dalam ucapan pentadbir yang diwakili oleh Pn. Arbaanah bt Baseran, beliau menyatakan SK Besout 3 dan seluruh warganya berasa  amat kehilangan atas pertukaran guru-guru tersebut.

Beliau juga tidak ketinggalan  merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga atas khidmat cemerlang guru-guru yang diraikan. 























































































Sumber: Tokanpuakajoran.

Kumpulan Blog Yang Diterbitkan

Pengikut

player

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP