Perjumpaan Semula (Reunion) Bekas Pelajar UPSR 1988 SK Besout 3

Pada 28 November yang lalu, bertempat di kantin SK Besout 3 diadakan perjumpaan bekas pelajar SK Besout 3 sesi UPSR 1988.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa majlis perjumpaan yang julung-julung kali diadakan ini, saudara Remy, program tersebut diadakan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama bekas pelajar SK Besout 3 sesi UPSR 1988, bekas guru-guru SK Besout 3 dan pentadbiran sekolah sekarang disamping mengimbau kembali kenangan manis mereka ketika berada di sekolah rendah.

Dalam majlis tersebut beberapa orang bekas huru turut hadir antaranya Tn. Hj Badrul Azman, cikgu Hajah Haslina, Cikgu Bakhtiar Abadi b Saleh dan ustazah Salasiah.

Kesemua bekas pelajar yang hadir amat gembira dan berbesar hati kerana kehadiran beberapa orang guru yang mendidik mereka terutama cikgu Bakhtiar yang sanggup datang dari jauh. 

Bekas pelajar turut berpakaian sekolah rendah bagi menostalgiakan pengalaman mereka di sekolah ini pada suatu ketika dahulu.









Diharapkan majlis seumpama ini akan terus diadakan bagi meningkatkan hubungan baik sesama bekas pelajar dan guru-guru disamping mewujudkan kesinambungan hubungan antara pihak pentadbiran SK Besout 3 sekarang dengan bekas pelajar dan guru terdahulu. 

Sebahagian bekas pelajar masih bermastautin di tempat mereka belajar dan meneruskan kerjaya masing-masing di sini dan di kawasan sekitar. Mereka turut menyumbang kepada jatuh bangunnya SK Besout 3. Justeru pihak sekolah juga boleh memainkan peranan agar bekas pelajar ini merasa mereka dihargai.

Pada masa akan datang,  ahli jawatankuasa harus berusaha terus untuk mengumpul lebih ramai kehadiran bekas pelajar dan guru . 

Pihak pentadbiran sekolah juga boleh bekerja sama dan membantu usaha murni mereka sekurang-kurangnya dengan menghantar beberapa orang wakil bagi meraikan mereka. 

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Program Perjumpaan Semula Bekas Pelajar dan Guru-guru SK Besout 3 Sesi UPSR 1988. 

Semoga usaha kita tidak terhenti di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP