



DI KEHENINGAN PAGI SK BESOUT 3
1.Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka.
2.Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu.
3.Ibu pula sedang menjahit pakaian, beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir.
4.Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik.
1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu.
2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam.
3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai.
4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut.
PENGERUSI
EN. SULAIMAN B. NORDIN
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI
EN. ABAS B SAMAN
TN. HJ. MAT TAJUDIN B. JAILANI
BENDAHARI
PN. NORHASIMAH BT. ARBAIN
PENYELARAS
EN. ROSLAN B LEE (UPSR)
SETIAUSAHA
EN. ZAINUDDIN B MAT SYARIFF
AHLI JAWATANKUASA
EN. AHMAD RAFIE B. MAT NOR
CIK HERDAWATI BT. JAMALUDDIN
EN. MOHAMAD SHABERI B HJ. RAMLI
EN. AHMAD DUSUKI B ZULKIFLI
EN. JAMRI B JELANI
EN. NOR AFENDI B MOHD. NOR
LATAR BELAKANG
Bahasa Melayu Pemahaman : 40 calon (86.96%)
Bahasa Melayu Penulisan : 30 calon (65.22%)
Bahasa Inggeris : 20 calon (43.48%)
Matematik : 23 calon (50.00%)
Sains : 33 calon (71.74%)
MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat untuk:
a) Mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi semua matapelajaran.
b) Meningkatkan kuantiti dan kualiti UPSR 2010
c) Memberi ruang kepada murid cemerlang meneruskan pencapaian akedemik.
d) Membantu murid sederhana dan lemah memperbaiki kelemahan dengan pencapaian sekurang-kurangnya gred C.
e) Meminimumkan peratusan gagal.
f) Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru demi masa depan Sekolah Kebangsaan Besout 03.
g) Menimbulkan minat dan keazaman murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
OBJEKTIF
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh Program Tunas Cemerlang 2010 ialah:
a) Lulus 95.7 % ABC dalam Bahasa Melayu Pemahaman dengan kualiti A sekurang-kurangnya 22 orang (47.8 %).
b) Lulus 97.8 % ABC dalam Bahasa Melayu Penulisan dengan kualiti A sekurang-kurangnya 24 orang (52.2 %).
c) Lulus 78.3 % ABC dalam Bahasa Inggeris dengan kualiti A sekurang-kurangnya 9 orang (19.6 %).
d) Lulus 93.5 % ABC dalam Matematik dengan kualiti A seramai 10 orang (21.7%).
e) Lulus 91.3 % ABC dalam Sains dengan kualiti A seramai 11 orang (23.91 %).
f) Lulus 76.1 % ABC dalam semua subjek dengan kualiti semua A seramai 4 orang(8.7 %).
g) Memberi ruang yang lebih kepada murid cemerlang dan sederhana meningkatkan prestasi akedemik 2010.
h) Membantu murid lemah supaya lulus dalam semua subjek UPSR 2010 sekurang-kurangnya gred C.
i) Memberi ruang kepada pihak sekolah mempelbagaikan aktiviti khasnya di luar waktu persekolahan.
j) Ibu bapa dan penjaga dapat menyumbangkan idea dan saranan yang berguna dan berkesan serta perihatin
terhadap tingkah laku anak masing-masing.
k) Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan PIBG serta ibu bapa murid Tahun 6, 2010.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program yang dirancang ialah semua pelajar Tahun 6 yang merangkumi kelas 6 Cemerlang (23 orang) dan kelas 6 Intelek (23 orang). Jumlah keseluruhan ialah 46 orang dan terdiri daripada pelbagai tahap atau aras penguasaan.
KETERANGAN PROJEK
Program ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
1. Projek Utama (Projek ini menjurus kepada p&p dalam kelas)
2. Projek Sokongan (Projek ini dijalankan di luar bilik darjah)
3. Projek Sampingan (Projek ini dirancang untuk menggalakkan minat pelajar)
TEMPOH MASA PERLAKSANAAN
Program ini adalah lanjutan daripada aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.Bagi Tahun 2010 Program ini telah bermula dari Januari 2010 hingga September 2010.
Kewangan
Peruntukan wang kerajaan(Panitia)
Yuran penyertaan
PIBG,JKKR, individu dan peribadi.
Bahan-bahan
BBM sedia ada
Lembaran kerja
Buku-buku kerja dan latihan serta kemudahan teknologi sedia ada.
Tenaga
(Guru Tahun 6, Guru STF, dll)
Penceramah dan fasilitator luar
( Didik,Tinta Akedemik dll)
Tenaga Pengajar Utama
En. Badrol Hisham b. Zainol Abidin - Bahasa Melayu
En. Ahmad Rafie b Mat Nor & En. Jamri Jelani - Bahasa Melayu
En Roslan b Hj Lee - Matematik
Cik Herdawati bt Jamaluddin - B. Inggeris
En. Zainuddin b Mat Syariff - Sains
PENUTUP
Diharapkan program dan aktiviti yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semoga ia juga mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak iaitu Pihak Pentadbir,PIBG,ibu bapa,guru-guru dan pelajar.Semoga pencapaian UPSR SKBT 2010 akan kembali meningkat setidak-tidaknya dapat mengekalkan prestasi keseluruhan 2009.Usaha dan kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan semoga SKB3 akan sentiasa cemerlang.Insyaallah............
DISEDIAKAN OLEH:
(BADROL HISHAM B ZAINOL ABIDIN)
Penyelaras Tahun 6.
DISEMAK OLEH:
(HJ. ROSLAN B HJ LEE)
Penyelaras UPSR.
DISAHKAN OLEH:
( EN. SULAIMAN B NORDIN )
Pengerusi Tunas Cemerlang UPSR ,2010.
© Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP