Program Tunas Cemerlang UPSR SKB3 - 2010

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TUNAS CEMERLANG UPSR, 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 03,
35600 SUNGKAI,PERAK.

PENGERUSI


EN. SULAIMAN B. NORDIN

(GURU BESAR)


NAIB PENGERUSI


EN. ABAS B SAMAN

TN. HJ. MAT TAJUDIN B. JAILANI

EN. MASU’DDI B. ABD MAAIN

BENDAHARI


PN. NORHASIMAH BT. ARBAIN


PENYELARAS


EN. ROSLAN B LEE (UPSR)

EN. BADROL HISHAM B ZAINOL ABIDIN(TH 6)

SETIAUSAHA


EN. ZAINUDDIN B MAT SYARIFF


AHLI JAWATANKUASA


EN. AHMAD RAFIE B. MAT NOR

CIK HERDAWATI BT. JAMALUDDIN

EN. MOHAMAD SHABERI B HJ. RAMLI

EN. AHMAD DUSUKI B ZULKIFLI

EN. JAMRI B JELANI

EN. NOR AFENDI B MOHD. NOR



TAJUK:
PROGRAM TUNAS CEMERLANG UPSR 2010

PENDAHULUAN

Berteraskan keyakinan dan keperihatinan terhadap pencapaian semasa murid serta atas dasar kesedaran dan inginkan pencapaian murid ketahap optimum maka lahirlah Program Tunas Cemerlang UPSR 2010.Program ini didokumentasikan hasil komitmen yang jitu antara Pentadbir Sekolah Kebangsaan Besout 03,PIBG,guru-guru,ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 6,2010.


LATAR BELAKANG


Program ini dirancang berdasarkan Analisa Pencapaian Ujian Percubaan UPSR Tahun 5,2009. Daripada 46 calon yang menduduki ujian berkenaan 16 calon (34.78%) lulus semua mata pelajaran.Tiada seorang calon yang mendapat 5A.Peratusan kelulusan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu Pemahaman : 40 calon (86.96%)

Bahasa Melayu Penulisan : 30 calon (65.22%)

Bahasa Inggeris : 20 calon (43.48%)

Matematik : 23 calon (50.00%)

Sains : 33 calon (71.74%)



Berdasarkan peratus kelulusan di atas menunjukkan pencapaian keseluruhan amat rendah dan masih jauh daripada target daerah dan sekolah.Bagi merealisasikan impian dan harapan semua pihak satu tindakan yang lebih efektif dengan mengambil kira kemampuan dan kekuatan yang ada pada murid,ibu bapa,guru-guru dan pihak sekolah bagi melonjak pencapaian murid ke tahap yang maksimum.

MATLAMAT


Program ini dirancang dengan matlamat untuk:


a) Mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi semua matapelajaran.


b) Meningkatkan kuantiti dan kualiti UPSR 2010


c) Memberi ruang kepada murid cemerlang meneruskan pencapaian akedemik.


d) Membantu murid sederhana dan lemah memperbaiki kelemahan dengan pencapaian sekurang-kurangnya gred C.


e) Meminimumkan peratusan gagal.


f) Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru demi masa depan Sekolah Kebangsaan Besout 03.


g) Menimbulkan minat dan keazaman murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang.


OBJEKTIF


Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh Program Tunas Cemerlang 2010 ialah:


a) Lulus 95.7 % ABC dalam Bahasa Melayu Pemahaman dengan kualiti A sekurang-kurangnya 22 orang (47.8 %).


b) Lulus 97.8 % ABC dalam Bahasa Melayu Penulisan dengan kualiti A sekurang-kurangnya 24 orang (52.2 %).


c) Lulus 78.3 % ABC dalam Bahasa Inggeris dengan kualiti A sekurang-kurangnya 9 orang (19.6 %).


d) Lulus 93.5 % ABC dalam Matematik dengan kualiti A seramai 10 orang (21.7%).


e) Lulus 91.3 % ABC dalam Sains dengan kualiti A seramai 11 orang (23.91 %).


f) Lulus 76.1 % ABC dalam semua subjek dengan kualiti semua A seramai 4 orang(8.7 %).


g) Memberi ruang yang lebih kepada murid cemerlang dan sederhana meningkatkan prestasi akedemik 2010.


h) Membantu murid lemah supaya lulus dalam semua subjek UPSR 2010 sekurang-kurangnya gred C.


i) Memberi ruang kepada pihak sekolah mempelbagaikan aktiviti khasnya di luar waktu persekolahan.


j) Ibu bapa dan penjaga dapat menyumbangkan idea dan saranan yang berguna dan berkesan serta perihatin


terhadap tingkah laku anak masing-masing.


k) Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan PIBG serta ibu bapa murid Tahun 6, 2010.


KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi program yang dirancang ialah semua pelajar Tahun 6 yang merangkumi kelas 6 Cemerlang (23 orang) dan kelas 6 Intelek (23 orang). Jumlah keseluruhan ialah 46 orang dan terdiri daripada pelbagai tahap atau aras penguasaan.


KETERANGAN PROJEK


Program ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:


1. Projek Utama (Projek ini menjurus kepada p&p dalam kelas)


2. Projek Sokongan (Projek ini dijalankan di luar bilik darjah)


3. Projek Sampingan (Projek ini dirancang untuk menggalakkan minat pelajar)


TEMPOH MASA PERLAKSANAAN


Program ini adalah lanjutan daripada aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.Bagi Tahun 2010 Program ini telah bermula dari Januari 2010 hingga September 2010.


SUMBER

Kewangan


Peruntukan wang kerajaan(Panitia)


Yuran penyertaan


PIBG,JKKR, individu dan peribadi.


Bahan-bahan


BBM sedia ada


Lembaran kerja


Buku-buku kerja dan latihan serta kemudahan teknologi sedia ada.


Tenaga


Guru-guru SK Besout 3

(Guru Tahun 6, Guru STF, dll)


Penceramah dan fasilitator luar

( Didik,Tinta Akedemik dll)


Tenaga Pengajar Utama


En. Badrol Hisham b. Zainol Abidin - Bahasa Melayu


En. Ahmad Rafie b Mat Nor & En. Jamri Jelani - Bahasa Melayu


En Roslan b Hj Lee - Matematik


Cik Herdawati bt Jamaluddin - B. Inggeris


En. Zainuddin b Mat Syariff - Sains


PENUTUP


Diharapkan program dan aktiviti yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semoga ia juga mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak iaitu Pihak Pentadbir,PIBG,ibu bapa,guru-guru dan pelajar.Semoga pencapaian UPSR SKBT 2010 akan kembali meningkat setidak-tidaknya dapat mengekalkan prestasi keseluruhan 2009.Usaha dan kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan semoga SKB3 akan sentiasa cemerlang.Insyaallah............


DISEDIAKAN OLEH:


(BADROL HISHAM B ZAINOL ABIDIN)


Penyelaras Tahun 6.


DISEMAK OLEH:


(HJ. ROSLAN B HJ LEE)


Penyelaras UPSR.


DISAHKAN OLEH:


( EN. SULAIMAN B NORDIN )


Pengerusi Tunas Cemerlang UPSR ,2010.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP