Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Sambutan dilaksanakan pada hari Sabtu 13/10/2018. Acara dimulakan dengan bacaan doa, acara perasmian, senamrobik dan merentas desa. Aktiviti tamat pada pukul 12.00 tengah hari sejurus selepas acara penyampaian hadiah.























Literasi Penggunaan Aplikasi Power Point

Literasi Penggunaan Aplikasi Power Point adalah salah satu program yang dirancang dan disertai oleh pelajar Tahun 6 SK Besout 3 seusainya mereka menduduki UPSR.

Aktiviti ini bertujuan memberikan peluang kepada murid mengisi masa senggang mereka disamping membuat ulang kaji secara kendiri tentang tugasan berkaitan Penggolongan Kata dalam aspek tata bahas.

Selain itu, murid juga berpeluang bekerjasama dalam kumpulan, berbincang, dan membuat pembentangan menggunakan daya kreativiti masing-masing. Aktiviti ini dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK Besout 3.





Amali Sembelihan Program Tahun 6 Selepas UPSR

Agama Islam amat menitikberatkan soal kebersihan terutama halal dan haram  dalam kehidupan. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam hal berkaitan pemakanan.

Menyedari hakikat ini,  pengetahuan atau kaedah penyembelihan perlu dijelaskan kepada pelajar bermula dari kecil. Yang paling penting mereka patut diajar untuk melakukannya menurut kehendak syarak.Sembelihan juga berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

Islam mengajar manusia berkasih sayang antara satu sama lain. Begitu juga terhadap haiwan.Kaedah penyembelihan haiwan perlu dilakukan dengan penuh berhemah agar tidak menyakiti haiwan tersebut.

Pada kali ini Panitia Agama Islam SK Besout 3 telah menganjurkan Amali Sembelihan Menurut Syarak kepada 38 orang pelajar tahun 6. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan secara langsung tentang penyembelihan mengikut syarak disamping memberi peluang murid melakukan aktiviti dan mengisi ruang yang ditinggalkan selepas berakhirnya PDPC secara formal berikutan UPSR mereka yng berakhir dua minggu sudah.

Beberapa perkara berkaitan sembelihan:

Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah ta’ala.

Rukun Sembelihan

Ulamak Fekah menetapkan bahawa rukun sembelihan terbahagi kepada empat iaitu;

- Penyembelih
- Binatang sembelihan
- Alat untuk menyembelih
- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelihan

Syarat-syarat Sembelihan

*Penyembelih
- Hendaklah beragama Islam
- Baligh @ kanak-kanak yang mumaiyiz.
- Berakal ( tidak gila )
- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
- Membaca basmalah

*Binatang Yang Disembelih

- Binatang yang halal dimakan
- Binatang itu masih hidup
- Mati dengan sekali sembelihan
- Wajib putus urat pernafasan (urat marih) dan urat tempat laluan makanan (halkum)

*Alat Sembelihan

Mestilah alat yang tajam seperti pisau.

*Tempat Sembelihan

- Bagi sembelihan binatang yang berkuasa hendaklah dilakukan dengan cara menangkap dan disembelih ke atasnya. Wajib memutuskan urat halkum dan urat marih dengan sempurna.

- Bagi sembelihan binatang yang tidak berkuasa ke atasnya iaitu binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya, hendaklah dilukakan pada mana-mana bahagian tubuhnya sehingga ia mati.

Wallahuaqlam.





























































Gambar: Sir Afit Azri n Tokanpuakajoran.
Sumber: Klik Sini

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP