Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-54

Tema Hari Kebangsaan 2011“ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”

Sambutan kemerdekaan pada tahun 2011 adalah kali yang ke 54, berkemungkinan tidak disambut seperti kelaziman iaitu pada tanggal 31 Ogos. Menurut sumber,sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia. Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan telah membuat keputusan,16 September adalah tarikh yang sesuai berikutan tarikh tersebut merupakan tarikh Hari Malaysia. Aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan akan di lakukan seperti biasa dan disesuaikan dengan bulan Ramadhan yang kebetulan sama dengan bulan Ogos tahun 2011.Menurut sumber itu lagi, sambutan hari kemerdekaan tahun ini akan di adakan di Dataran Merdeka.

Tuan Guru Besar SK Besout 3, turut memasang Jalur Gemilang di perkarangan sekolah.
Jalur Gemilang ditegakkan sejak 1 Ogos yang lalu.

Fokus Utama sambutan kemerdekaan tahun 2011 :

Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Beberapa kategori dipertandingkan tahun ini iaitu :

* Bangunan kerajaan,
* Bangunan swasta,
* Kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda),
* Sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
*Taman perumahan, individu dan pintu gerbang.

Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Besout 3.

Menurut Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, acara sambutan seperti Majlis Tahlil Untuk Para Pejuang, Bacaan Yasin, Nyanyian Patriotik, Kuiz Kemerdekaan,Pengibaran Jalur Gemilang di Kelas dan Bilik Darjah serta Ceramah Kemerdekaan di Perhimpunan akan dilangsungkan seperti kelaziman.Hari Kemuncak pula berkemungkinan akan dilkukan sebelum sambutan peringkat kebangsaan dan berkemungkinan akan diadakan serentak dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah.

Tema, logo dan lagu tema sambutan kemerdekaan.

Tema Sambutan Kemerdekaan 2010.

"1 Malaysia Menjana Transformasi"

Logo Sambutan Merdeka 2010

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.Logo ini juga digunakan pada sambutan kemerdekaan tahun 2009.

Lagu Tema Sambutan Merdeka 2010 juga merupakan lagu Satu Malaysia.

Lagu Satu Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha

* Logo dan Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan 2011 masih belum diperolehi.

Maklumat dan sejarah sambutan Kemerdekaan boleh didapati di http://www.malaysiamerdeka.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP