Forum Israk Dan Mikraj 1436

Hari ini berlangsung satu Program Forum Israk dan Mikraj anjuran Panitia Agama Islam. Panel atau tetamu undangan ialah Yang Berbahagia Ustaz Khalid bin Mat manakala moderatornya ialah Ustaz Hasrul Afandy bin Abdul Hamid. Majlis diserikan juga dengan persembahan qasidah dari kumpulan Soutul Huda yang di bimbingan oleh Ustaz Muhammad Naim bin Abdul Razak yang didatangkan khas dari Sungkai.






Laporan : Tokanpuakajoran.

2 ulasan:

  1. Bahaya Menilik Nasib—Hukumnya HARAM/BERDOSA BESAR!
    (Disadur dari Habib Agil Benyahya's Facebook Note)


    Assalamualaikum,

    Satu fenomena baru yang AMAT merbahaya sedang melanda umat Islam Malaysia ketika melayari laman Facebook untuk bermain Applications yang berkonsepkan ramalan atau menilik nasib. Selain itu, laman komuniti Facebook juga semakin rancak menyediakan kuiz-kuiz tenung nasib dan rahsia personaliti hari kelahiran, kedudukan dalam adik-beradik, warna kegemaran, cara berjalan, bentuk wajah, bentuk jari, kedudukan tahi lalat dan pelbagai lagi yang digemari oleh masyarakat kita.

    Yang amat menakutkan sekali, kebanyakan yang ikut bermain adalah dari sahabat-sahabat kita yang beriman kepada Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. Mereka sangka main-main itu untuk tujuan suka-suka sahaja, tapi ingat apa sahaja perkara yang melibatkan perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti ramalan masa depan atau tenung nasib yang baik apa lagi yang buruk adalah dikira berdosa besar dan sama hukumnya dengan berjudi, minum arak dan memuja patung.

    BalasPadam
  2. Sebagai contoh, dulu masa kecil ada kedai runcit Melayu yang menjual tikam-tikam nombor, satu nombor harganya 5 sen kalau nasib baik dapat duit atau barang mainan kanak-kanak dan sebagainya. Hukumnya tetap judi dan haram pelaku dan penjual dikira berdosa besar.

    Bahayanya MENILIK NASIB DARI TUKANG TILIK ISLAM PUN TIDAK DIBOLEHKAN SYARAK, APA LAGI YANG JELAS KEKAFIRANNYA. Silap-silap ianya boleh merosakkan Aqidah apabila datang keyakinan tilikan tersebut menjadi penyebab terbatalnya iman dan dikira syirik kepada Allah s.w.t. Kafir kita sebabnya main-main atau suka-suka natijahnya Wal-Iyyazubillah Min Zaalik.

    Di antara jenis Application yang diminati dan amat merbahaya kepada Aqidah Umat Islam di Malaysia khasnya dan di negara lain amnya, ialah "Anita's The Psychic" dan juga "Paul Octopus prediction" (semasa musim Piala Dunia dahulu). Dari hari kehari ia semakin mendapat sambutan warga Islam Malaysia—Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Rajiuun.

    Perbuatan menilik nasib melalui Facebook atau yang seangkatan dengannya adalah dikira berdosa besar belum lagi dosa-dosa lain yang ada disekeliling pinggang seperti tidak solat, puasa, zakat, haji, menipu, derhaka kepada ibubapa, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan lain-lain.

    Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maaidah, ayat 90, yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan MENILIK NASIB dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu menjadi orang-orang yang berjaya."

    Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mendatangi arraaf (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh hari."

    Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

    Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, beliau berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah menafikan terhadap wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w." (Hadith Riwayat Al-Bazzaar).

    Oleh itu buatlah perkara lain yang akan mendapat Redha dan Rahmat Allah s.w.t. dan RasulNya Muhammad s.a.w. Perkara sia-sia ini bukan sahaja merosakkan minda dan iman tapi menjauhkan kita dari mendapat hidayah dan petunjuk Allah s.w.t. dan Nabi Besar kita Muhammad s.a.w. dan keluarga Baginda serta para Sahabat Baginda.

    Bagi siapa yang terjebak maka kembalilah kepada Allah s.w.t. dengan bertubat Nasuha. Semoga kepada sesiapa yang membaca nota ini akan mendapat hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. Amin Ya Robbal Aalamin.

    Wallahu'alam Bi Sowab

    BalasPadam

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP