Adlina Bt Zamzuri Calon Cemerlang UPSR 2015

Masih belum berubah. Kekal dengan hanya 1 calon kualiti A walaupun SKB3 dan warganya telah berusaha bertungkus lumus namun rezeki masih belum mahu berpihak. 

Biarpun kekal dengan 1 calon kualiti namun semua warga SK Besout 3 menerimanya dengan penuh rasa syukur.

Berikut dipaparkan senarai calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun 2015.

1. Adlina bt Zamzuri - 5A
2. Intan Filzah bt Mustafa - 4A
3. Muhammad Amin bin Muhammad Fadli - 4A
4. Nooralisya Azrina bt Muhammad Kassim - 4A

Seramai  26 calon Sekolah Kebangsaan Besout 3 menduduki UPSR pada tahun ini. Analisa ringkas pencapaian seperti berikut:

Bahasa Malaysia Pemahaman : 25/26 calon lulus  - 96.2 %
Bahasa Malaysia Penulisan : 24 / 26 calon lulus - 92.3 %
Bahasa Inggeris : 18 / 26 Calon lulus - 69.2 %
Matematik : 22/26 calon lulus - 84.6 %
Sains : 22 / 26 calon lulus - 92.3 %
Gred Purata Sekolah : - 2.29.


Guru Penyelaras Tahun 6, Cik Norsiah Abdul Hamid,Pn. Arbaanah bt Baseran GPK 1 dan En. Zulkifli bin Mat, Guru Besar SK Besout 3 bersama-sama calon cemerlang 5A Adlina bt Zamzuri.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP