Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Besout 3 Kali ke 20

Pada 2.3.2017 , bertempat di Padang SK Besout 3 berlangsunglah Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Besout 3 Kali ke 20.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Besout 3 yang baharu iaitu En. Ridzuan b. Zakaria dan diwakili oleh Penyelia Rancangan En. Abdul Jalil b Abu.

Pada kejohanan kali ini Rumah Hijau menjadi Johan Keseluruhan diikuti Rumah Merah dan Biru.

Olahragawan disandang oleh Zulfame b Zuhairul Wahyuda dari Rumah Hijau dan Olahragawati pula Nur Nisa Adillah bt Khairul Zaman dari Rumah Biru.

Olahragawan harapan disandang oleh Fikri Amshar dari Rumah Biru manakala Olahragawati Harapan  dirangkul Nurhalizawati bt Ayub dari Rumah Hijau.

Dalam acara Perbarisan, rumah Biru masih mengekalkan kejuaraan diikuti oleh rumah Hijau dan Merah.

Pelbagai pihak memberi sumbangan bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. Antara penyumbang utama ialah Kelab Generasi Kedua (KLASSIK), PIBG, Syarikat-syarikat, dan individu.

Acara cabutan bertuah turut diadakan dan hadiah barangan elektrik disumbangkan oleh Pengerusi PIBG SK Besout 3, En. Mat Nor bin Liman. 











































Dicatat oleh : Tokanpuakajoran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kumpulan Blog Yang Diterbitkan

Pengikut

player

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP