SSQS 2019 - PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Link http://ssqs.moe.edu.my/

Pengenalan SSQS?


SSQS atau Smart School Qualification Standard merupakan sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran ketika itu pada 24 April 2007. Tujuan pelaksanaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT yang pada awalnya digunapakai di 88 buah Sekolah Bestari dan kini diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.
Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua Sekolah Bestari, seiring dengan kecanggihan teknologi, satu aplikasi berasaskan web  telah dibina bagi proses membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Objektif 
Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid. 
Indikator
i. Penggunaan (40%)
Tahap sekolah mengintegrasikan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta PdP.

ii. Modal Insan (40%)
Tahap kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid.

iii. Aplikasi (10%)
Bilangan aplikasi yang digunakan di sekolah.

iv. Infrastuktor  (10%)
Infrastruktur ICT di sekolah.
Responden
  • 1 orang pentadbir
  • 1 orang koordinator
  • 30 orang guru
  • 30 orang murid
Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)
  • 1 orang pentadbir
  • 1 guru Penyelaras ICT
  • Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
  • Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek.
Petunjuk Skor
Antara domain yang diukur adalah penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan insfrastuktur teknologi. Seterusnya penarafan bintang dibuat berdasarkan indikator skor yang berikut:
  • Basic (0 – 20)     – 1 bintang
  • Basic Plus (21 – 40)   – 2 bintang
  • Median (41 – 60)   – 3 bintang
  • Advance (61 – 80)   – 4 bintang
  • Advance Plus (81 – 100) – 5 bintang
Takwim Perlaksanaan Tahun 2019
  • Taklimat Perlaksanaan – Bermula 15 Julai
  • Pengisian SSQS dan Pemantauan – Julai - Ogos
*tertakluk kepada perubahan
Pelaksana
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri masing-masing dengan bantuan penyelaras di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT.
Pengisian instrumen dalam talian 
Mengikut URL yang dibekalkan oleh BTPN negeri masing-masing
Proses Kerja/Kepentingan Data
1.0 Pungutan data secara online.
2.0 Analisis data di peringkat BTP.
3.0 Dibentangkan  dimesyuarat pengurusan data di BTP.
4.0 Dibentangkan di mesyuarat Jawatan kuasa pemandu Sekolah Bestari dipengerusikan oleh KSU dan CEO MDEC di Putrajaya. Dihadiri oleh semua Pengarah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
4.1 Keputusan mula di hantar ke semua negeri.
4.2 Dibentangkan di Mesyuarat JPN bersama BTPN dan PPD.
5.0 Mesyuarat FCC (Flagship Coordination Committee) dipengerusikan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara) di Putrajaya dan dihadiri oleh kementerian-kementerian lain selain KPM.
5.1 Data SSQS ini juga akan digunakan untuk menjawab status pembestarian di sekolah dalam parlimen.
Pengisian Data dan Maklumat untuk Sesi 2019 sila layari http://ssqs.moe.edu.my/ sebelum 30 Ogos 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP