PPSR 2019

SKB3 : Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun 6 boleh diperolehi pada hari ini 21 November mulai jam 10.00 pagi di sekolah, menurut Guru Besar SK Besout 3,En. Mohd Zulkifli bin Mat.


Beliau dalam kenyataan hari ini berkata waris dibenarkan untuk mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran.

Encik Mohd Zulkifli berkata semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR AngkaGiliran atau PASR AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 21 November dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 30 November,"katanya.

Semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP