Makluman kepada guru-guru SKB3 dan Ibu-bapa Serta Penjaga Murid SKB3 Sesi Persekolahan 2012
1. Mesyuarat Guru-guru Kali Pertama akan diadakan pada:
Tarikh : 30.12.2011.(Jumaat)
Masa : 08.30 Pagi.
Tempat : Bilik Gerakan SKB3.
* Kehadiran diwajibkan.
2. Pembelian Peralatan Persekolahan 2012.
Tarikh : 31.12.2011.(Sabtu)
Masa : 08.30 - 12.00
Tempat : Kantin SKB3.
* Ibu bapa dan penjaga murid digalakkan datang berurusan pada hari dan masa yang ditetapkan.
* Maklumat pembayaran boleh didapati di pondok pengawal sekolah.
3. Taklimat Dan Pendaftaran Murid Pra Sekolah Sesi 2012.
Tarikh : 31.12.2011. (Sabtu).
Masa : 08.30 Pagi.
Tempat : Bilik Gerakan SKB3.
* Ibu/bapa/penjaga murid pra sekolah DIWAJIBKAN hadir.
* Sila bawa sijil lahir asal anak/jagaan.
Kelas Bimbingan UPSR Masa Cuti

35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN. 05-4312313
Rujukan kami:Dlm. SKBT /PTC 2011/ Bil ( 01 )
Rujukan Tuan:
Tarikh: 25 NOVEMBER 2011
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun 6 (2012),
Sekolah Kebangsaan Besout 3.
Tuan,
Makluman Kelas Tambahan Masa Cuti
Dengan segala hormatnya perkara tersebut dirujuk
2. Untuk makluman tuan, Jawatankuasa Program Tunas Cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan Besout 3 akan mengadakan beberapa sesi kelas bimbingan dan tambahan sepanjang cuti persekolahan ini.
3. Kelas-kelas tersebut akan bermula pada 28.11.2011 sehingga 16.12.2011.
4. Sehubungan itu anak / jagaan Tuan dicadangkan hadir pada sesi kelas tersebut sebagai persediaan awal bagi menghadapi UPSR 2012 nanti.
5. Berikut disertakan jadual kelas tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan.
Kerjasama dan keperihatinan tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
(HJ. MAT TAJUDIN BIN JAILANI)
Pengerusi Tunas Cemerlang UPSR 2012,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.
JADUAL KELAS BIMBINGAN
HARI / TARIKH | KELAS/ MATA PELAJARAN | GURU | MASA |
ISNIN 21.11.2011 | SAINS | EN. ZAINUDDIN | 08.30-11.00 AM |
SELASA 22.11.2011 | SAINS | EN. ZAINUDDIN | 08.30-11.00 AM |
RABU 23.11.2011 | SAINS | EN. ZAINUDDIN | 08.30-11.00 AM |
KHAMIS 24.11.2011 | SAINS | EN. ZAINUDDIN | 08.30-11.00 AM |
JUMAAT 25.11.2011 | SAINS | EN. ZAINUDDIN | 08.30-11.00 AM |
ISNIN 28.11.2011 | CUTI AWAL MUHARRAM | ||
SELASA 29.11.2011 | BM | EN. BADROL | 08.30-11.00 AM |
RABU 30.11.2011 | BM | EN. BADROL | 08.30-11.00 AM |
KHAMIS 1.12.2011 | BM | EN. BADROL | 08.30-11.00 AM |
JUMAAT 2.12.2011 | BM | EN. BADROL | 08.30-11.00 AM |
CUTI REHAT | |||
ISNIN 12.12.2011 | BM | EN. JAMRI | 08.30-11.00 AM |
SELASA 13.12.2011 | MAT | EN. ABAS/EN.MASUDI | 08.30-11.00 AM |
RABU 14.12.2011 | BM | EN. JAMRI | 08.30-11.00 AM |
KHAMIS 15.12.2011 | MAT | EN. ABAS/EN. MASUDDI | 08.30-11.00 AM |
JUMAAT 16.12.2011 | BM | EN. JAMRI | 08.30-11.00 AM |
* SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE MASA - PENYELARAS
Bantuan Kewangan RM 100 Kepada Pelajar Sekolah
17 November yang lalu juga berlangsungnya majlis penyerahan RM 100 kepada pelajar sekolah melalui ibu-bapa dan penjaga murid SKB3.Sumbangan RM 100 kepada setiap pelajar itu adalah hasil keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap ibu-bapa dan pelajar.
Tuan Guru Besar,Tuan Haji Mat Tajuddin Jailani sedang memberikan taklimat kepada ibu-bapa dan penjaga murid tentang sumbangan RM 100 kepada setiap murid oleh Kerajaan Malaysia.
GPK 1, En. Abas b. Saman sedang mengira jumlah wang untuk diserahkan kepada guru-guru kelas seterusnya diagih-agihkan kepada ibu-bapa dan penjaga pelajar SKB3.
Pengerusi PIBG, En. Kamali b. Muhammad sedang berbincang dengan Tuan Guru Besar SKB3.
Guru- guru sedang mengagihkan sumbangan kerajaan kepada ibu-bapa.
Sebahagian pelajar tahun 5 yang turut menerima sumbangan.
En. Rosni b. Salleh salah seorang waris pelajar sedang menerima wang sumbangan .
Pentadbir sekolah,Pengerusi PIBG dan Pegawai Polis,En. Nasir turut berkhidmat pada hari itu bagi memastikan wang sumbangan kerajaan sampai kepada penerima dengan selamat.

Suka Duka UPSR 2011
SKB3,17 November-Penantian selama 6 tahun menimba ilmu di SKB3 telah diwarnai dengan kesudahan suka dan duka bagi pelajr-pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.Sebahagian pelajar telah berjaya menggapai impian manakala sebahagian lagi terpaksa bersedih seketika lantaran keputusan yang kurang memuaskan.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Kepada yang kurang bernasib baik,jangan berputus asa.UPSR hanyalah salah satu tiket untuk menempatkan diri ke tempat belajar yang lebih selesa dan bukan penentu kepada kejayaan seterusnya.Apa yang penting adalah usaha berterusan dan tertakluk kepada suratan ataupun qadak dan qadar.Masih banyak jalan untuk mencapai kejayaan.Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar,guru-guru,Tinta Akedemik,Jabatan Pelajaran Perak,PPD Batang Padang,pengurusan Felda,PIBG,Syarikat Faezah Pengeluar Beras Herba,ibu-bapa,Perbadanan Kilang Sawit Felda Besout,alumnai SKB3,orang-orang perseorangan dan semua yang terlibat menjayakan program sekolah .
GPK 1,Encik Abas bin Saman sejurus selepas tiba membawa keputusan UPSR 2011.
Petugas bahagian pentadbiran sedang meneliti dan memperoses keputusan.
Penyelaras Tahun 6 tersenyum puas.
Sabar menanti.
Salah seorang guru,berdebar-debar menanti keputusan yang bakal diperolehi oleh anak beliau.
Suka atau Duka?
TAHNIAH!Muhammad Nazhan bin Muhammad Shaberi,salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011.
Rakan-rakan yang turut cemerlang.
Ayah turut berbangga dengan kejayaan anak.
Lagi pelajar cemerlang tahun ini.

Bangunan "Kilat" SKB3 Terbakar
Khamis 17 November 2011.Salah sebuah bangunan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Besout 3, juga dikenali sebagai bangunan "Kilat"mengalami kebakaran kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.Bangunan "kilat" mendapat nama hasil usaha gotong-royong oleh masyarakat setempat dengan bantuan pihak-pihak berwajib untuk menyegerakan pembinaan tempat belajar bagi keperluan pelajar pada waktu-waktu awal pembukaan tanah rancangan dahulu.Sehingga kini, bangunan ini masih berfungsi dan terus digunakan walaupun keadaannya kurang selesa. Kebakaran tersebut telah menyebabkan berita terkini tentang pencapaian UPSR dan beberapa aktiviti lain terlewat penyiarannya.Walaubagaimanapun kebakaran ini bukanlah benar-benar berlaku. Hanyalah Kawad Dan Latihan Kebakaran sebagai salah satu aktiviti penutup Sesi Persekolahan 2011 yang dirancang oleh AJK Kecemasan dan Keselamatan sekolah.
Murid dan guru berkumpul di padang setelah terdengar isyarat kecemasan.
Salah seorang ketua kelas sedangme laporkan bilangan murid dan kehadiran seperti yang tercatat di dalam buku kedatangan pada hari itu.
Tuan Hj. Roslan sedang memberikan taklimat.
Cikgu Erma sedang menerangkan langkah-langkah perlu sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di kawasan sekolah.
Selesai aktiviti latihan kebakaran,sebahagian guru terlibat pula dengan demonstrasi membelah buah durian oleh Pak Mail, pemilik kebun buah-buahan yang terletak berhampiran sekolah.Pucuk dicita ulam mendatang.Buah kegemaran saya dan guru-guru SKB3.Cukup puas...tidak terhabis 3 biji durian oleh kami seramai 7 orang.Durian Pak Mail memang "best".
- Tokanpuakajoran@agrohias,

Langgan:
Catatan (Atom)