Suka Duka UPSR 2011

 SKB3,17 November-Penantian selama 6 tahun menimba ilmu di SKB3 telah diwarnai dengan kesudahan suka dan duka bagi pelajr-pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.Sebahagian pelajar telah berjaya menggapai impian manakala sebahagian lagi terpaksa bersedih seketika lantaran keputusan yang kurang memuaskan.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Kepada yang kurang bernasib baik,jangan berputus asa.UPSR hanyalah salah satu tiket untuk menempatkan diri ke tempat belajar yang lebih selesa dan bukan penentu kepada kejayaan seterusnya.Apa yang penting adalah usaha berterusan dan tertakluk kepada suratan ataupun qadak dan qadar.Masih banyak jalan untuk mencapai kejayaan.Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar,guru-guru,Tinta Akedemik,Jabatan Pelajaran Perak,PPD Batang Padang,pengurusan Felda,PIBG,Syarikat Faezah Pengeluar Beras Herba,ibu-bapa,Perbadanan Kilang Sawit Felda Besout,alumnai SKB3,orang-orang perseorangan dan semua yang terlibat menjayakan program sekolah .

GPK 1,Encik Abas bin Saman sejurus selepas tiba membawa keputusan UPSR 2011.
Petugas bahagian pentadbiran sedang meneliti dan memperoses keputusan.


 Penyelaras Tahun 6 tersenyum puas.

 Sabar menanti.
 Salah seorang guru,berdebar-debar menanti keputusan yang bakal diperolehi oleh anak beliau.
 Suka atau Duka?







TAHNIAH!Muhammad Nazhan bin Muhammad Shaberi,salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011.
 Rakan-rakan yang turut cemerlang.
 Ayah turut berbangga dengan kejayaan anak.
 Lagi pelajar cemerlang tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP