Perhimpunan Mingguan Akhir Sesi 2011,Penyampaian Hadiah Hari Ko Kurikulum dan Penutup Bulan Bahasa, dan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Ketua dan Penolong Ketua Darjah.

Sebentar tadi telah berlangsung Perhimpunan Rasmi Akhir Sesi Persekolahan 2011.Guru Bertugas pada minggu ini ialah Encik Nik Syakina Al Ariff dan Cik Nursiah Abdul Hamid.Antara pengisian perhimpunan ini ialah Bacaan doa,Nyanyian lagu Negaraku,Nyanyian Lagu Negeri perak, Nyanyian lagu Berdisiplin berusaha berjaya (Lagu Sekolah) dan Lagu Perak Sentiasa di Puncakkecemerlangan disusuli dengan bacaan ikrar.Guru bertugas mingguan mengingatkan murid-murid agar sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan bagi mengharungi dunia yang semakin mencabar.Gunakan masa yang terluang dengan pengisian yang berfaedah.Beliau juga mengingatkan murid-murid bahawa minggu ini dipenuhi dengan aktiviti yang telah dirancang.Beliau berharap agar murid-murid sedia maklum dan bersedia menyertai semua aktiviti yang akan diadakan.Ustaz Dusuki selaku guru SPBT pula mengingatkan murid-murid supaya memanfaatkan buku-buku SPBT yang telah selesai diagihkan terutama kepada murid tahap 2.Murid-murid disarankan membalut buku-buku tersebut dan menjaganya dengan baik bagi mengelakkan kehilangan.Buku-buku yang hilang terpaksa diganti semula.Murid-murid tahap 1 yang belum lagi diberi buku-buku SPBT akan menerimanya pada hari pembelian buku-buku persekolahan yang biasanya diadakan pada hujung tahun nanti.Dalam ucapan pentadbir,Tuan Guru Besar mengingatkan murid-murid agar menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.Beliau juga memaklumkan pada minggu ini akan diadakan berbagai-abagai aktiviti antaranya Hari Graduasi Pelajar Tahun 6,Khemah Ibadah Perdana dan Orentasi ke Kelas-kelas Tahun Hadapan.Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan UPSR akan keluar pada hari Khamis nanti.Sebelum bersurai, diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan mewarna sempena Penutup Bulan Bahasa Peringkat Sekolah,Quiz Agama Sempena Majlis Korban Peringkat Sekolah dan Anugerah sijil penghargaan kepada Ketua Darjah dan Penolong ketua Darjah Sesi 2011.























Sekitar Hari KoKurikulum dan Hari Penutup Nulan Bahasa 2011 yang dilangsungkan pada hari Sabtu 12 November 2011.



















Gambar-gambar telah diupload olehTokan puakajoran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kumpulan Blog Yang Diterbitkan

Pengikut

player

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP