Bantuan Kewangan RM 100 Kepada Pelajar Sekolah

17 November yang lalu juga berlangsungnya majlis penyerahan RM 100 kepada pelajar sekolah melalui ibu-bapa dan penjaga murid SKB3.Sumbangan RM 100 kepada setiap pelajar itu  adalah hasil keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap ibu-bapa dan pelajar.

Tuan Guru Besar,Tuan Haji Mat Tajuddin Jailani sedang memberikan taklimat kepada ibu-bapa dan penjaga murid tentang sumbangan RM 100 kepada setiap murid oleh Kerajaan Malaysia.








GPK 1, En. Abas b. Saman sedang mengira jumlah wang untuk diserahkan kepada guru-guru kelas seterusnya diagih-agihkan kepada ibu-bapa dan penjaga pelajar SKB3.

Pengerusi PIBG, En. Kamali b. Muhammad sedang berbincang dengan Tuan Guru Besar SKB3.
 Guru- guru sedang mengagihkan sumbangan kerajaan kepada ibu-bapa.





 Sebahagian pelajar tahun 5 yang turut menerima sumbangan.
 En. Rosni b. Salleh salah seorang waris pelajar sedang menerima wang sumbangan .


Pentadbir sekolah,Pengerusi PIBG dan Pegawai Polis,En. Nasir turut berkhidmat pada hari itu bagi memastikan wang sumbangan kerajaan sampai kepada penerima dengan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP