Bangunan "Kilat" SKB3 Terbakar

Khamis 17 November 2011.Salah sebuah bangunan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Besout 3, juga dikenali sebagai bangunan "Kilat"mengalami kebakaran kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.Bangunan "kilat" mendapat nama hasil usaha gotong-royong oleh masyarakat setempat dengan bantuan pihak-pihak berwajib untuk menyegerakan pembinaan tempat belajar bagi keperluan pelajar pada waktu-waktu awal pembukaan tanah rancangan dahulu.Sehingga kini, bangunan ini masih berfungsi dan terus digunakan walaupun keadaannya kurang selesa. Kebakaran tersebut telah menyebabkan berita terkini tentang pencapaian UPSR dan beberapa aktiviti lain terlewat penyiarannya.Walaubagaimanapun  kebakaran ini bukanlah benar-benar berlaku. Hanyalah Kawad Dan Latihan Kebakaran sebagai salah satu aktiviti penutup Sesi Persekolahan 2011 yang dirancang oleh AJK Kecemasan dan Keselamatan sekolah.

 
 Murid dan guru berkumpul di padang setelah terdengar isyarat kecemasan.

 
Salah seorang ketua kelas sedangme laporkan bilangan murid dan kehadiran seperti yang tercatat di dalam buku kedatangan pada hari itu.



 Tuan Hj. Roslan sedang memberikan taklimat.

Cikgu Erma sedang menerangkan langkah-langkah perlu sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di kawasan sekolah.

Selesai aktiviti latihan kebakaran,sebahagian guru terlibat pula dengan demonstrasi membelah buah durian oleh Pak Mail, pemilik kebun buah-buahan yang terletak berhampiran sekolah.Pucuk dicita ulam mendatang.Buah kegemaran saya dan guru-guru SKB3.Cukup puas...tidak terhabis 3 biji durian oleh kami seramai 7 orang.Durian Pak Mail memang "best".





- Tokanpuakajoran@agrohias,

1 ulasan:

  1. Estou observando e me agradando de seu blog.
    wwwsabereducar.blogspot.com

    BalasPadam

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP