Suka Duka UPSR 2011

 SKB3,17 November-Penantian selama 6 tahun menimba ilmu di SKB3 telah diwarnai dengan kesudahan suka dan duka bagi pelajr-pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.Sebahagian pelajar telah berjaya menggapai impian manakala sebahagian lagi terpaksa bersedih seketika lantaran keputusan yang kurang memuaskan.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Kepada yang kurang bernasib baik,jangan berputus asa.UPSR hanyalah salah satu tiket untuk menempatkan diri ke tempat belajar yang lebih selesa dan bukan penentu kepada kejayaan seterusnya.Apa yang penting adalah usaha berterusan dan tertakluk kepada suratan ataupun qadak dan qadar.Masih banyak jalan untuk mencapai kejayaan.Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar,guru-guru,Tinta Akedemik,Jabatan Pelajaran Perak,PPD Batang Padang,pengurusan Felda,PIBG,Syarikat Faezah Pengeluar Beras Herba,ibu-bapa,Perbadanan Kilang Sawit Felda Besout,alumnai SKB3,orang-orang perseorangan dan semua yang terlibat menjayakan program sekolah .

GPK 1,Encik Abas bin Saman sejurus selepas tiba membawa keputusan UPSR 2011.
Petugas bahagian pentadbiran sedang meneliti dan memperoses keputusan.


 Penyelaras Tahun 6 tersenyum puas.

 Sabar menanti.
 Salah seorang guru,berdebar-debar menanti keputusan yang bakal diperolehi oleh anak beliau.
 Suka atau Duka?







TAHNIAH!Muhammad Nazhan bin Muhammad Shaberi,salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011.
 Rakan-rakan yang turut cemerlang.
 Ayah turut berbangga dengan kejayaan anak.
 Lagi pelajar cemerlang tahun ini.

Bangunan "Kilat" SKB3 Terbakar

Khamis 17 November 2011.Salah sebuah bangunan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Besout 3, juga dikenali sebagai bangunan "Kilat"mengalami kebakaran kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.Bangunan "kilat" mendapat nama hasil usaha gotong-royong oleh masyarakat setempat dengan bantuan pihak-pihak berwajib untuk menyegerakan pembinaan tempat belajar bagi keperluan pelajar pada waktu-waktu awal pembukaan tanah rancangan dahulu.Sehingga kini, bangunan ini masih berfungsi dan terus digunakan walaupun keadaannya kurang selesa. Kebakaran tersebut telah menyebabkan berita terkini tentang pencapaian UPSR dan beberapa aktiviti lain terlewat penyiarannya.Walaubagaimanapun  kebakaran ini bukanlah benar-benar berlaku. Hanyalah Kawad Dan Latihan Kebakaran sebagai salah satu aktiviti penutup Sesi Persekolahan 2011 yang dirancang oleh AJK Kecemasan dan Keselamatan sekolah.

 
 Murid dan guru berkumpul di padang setelah terdengar isyarat kecemasan.

 
Salah seorang ketua kelas sedangme laporkan bilangan murid dan kehadiran seperti yang tercatat di dalam buku kedatangan pada hari itu.



 Tuan Hj. Roslan sedang memberikan taklimat.

Cikgu Erma sedang menerangkan langkah-langkah perlu sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di kawasan sekolah.

Selesai aktiviti latihan kebakaran,sebahagian guru terlibat pula dengan demonstrasi membelah buah durian oleh Pak Mail, pemilik kebun buah-buahan yang terletak berhampiran sekolah.Pucuk dicita ulam mendatang.Buah kegemaran saya dan guru-guru SKB3.Cukup puas...tidak terhabis 3 biji durian oleh kami seramai 7 orang.Durian Pak Mail memang "best".





- Tokanpuakajoran@agrohias,

NURUL QUIRRATUL' AINI BT ROSNI TOKOH PELAJAR SKB3 2011

Nama : Nurul Quirratul 'Aini bt Rosni.
Umur : 12 tahun.
Tarikh Lahir: 30.04.1999.
Tempat Lahir : Hospital Daerah Teluk Intan.
Nama Ayah : Rosni b Mohamad Salleh.
Nama Ibu : Norazlina bt Mohd Ramli.
Bilangan Adik Beradik : Anak kedua dari 4 orang adik beradik.
Hobi : Membaca.
Cita-cita : Doktor Haiwan.
Pencapaian;
       - Olahragawati Sekolah 2011.
       - Penolong Ketua Pengawas.
       - Mewakili Daerah dalam permainan bola baling.
       - Sering mendapat keputusan terbaik dalm pelajaran.
       - Percubaan UPSR: 3A 2B.
       - Keputusan UPSR 2011:

Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah 2011/1432 SK Besout 3 Sesi 2011

Ketika ini sedang berlangsung Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah 2011/1432 SK Besout 3 Sesi 2011 bertempat di Dewan SK Besout 3.Tuan Hj. Muhammad Khalil b. Ab Basar, PengurusFelda Gunung Besout 3 sudi merasmikan majlis.

TENTATIF MAJLIS
11.00 Pagi - Ketibaan tetamu terhormat dan ibu-bapa.
                  - Ucapan aluan pengacara.
                  - Bacaan doa oleh Ustaz Dusuki b. zulkifli.
                  - Ucapan wakil murid -
                     Muhammad Shahidan Aiman b. Abd. Aziz.
                  - Ucapan Penyelaras Tahun 6.
                  - Ucapan Guru Besar SK Besout 3-
                    Tn. Hj. Mat Tajuddin b Jailanai..
                  - Ucapan Perasmian - Tn Hj. Muhammad Khalil b Ab Basar.
                  - Penyampaian Cenderahati.
                  - Persembahan Murid.
                  - Penyampaian Hadiah Tahun 6 dan Pra Sekolah.
                  - Persembahan Murid.
                  - Jamuan.



































Upload oleh:Tokanpuakajoran.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP