Mesyuarat Penyelarasan Sukan dan HEM 2020

Bertempat di bilik Gerakan SK Besout 3 berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sukan SK Besout 3 Sesi 2020. Cikgu Azizi Abdul Rahman selaku setiausaha sukan sekolah telah menerangkan acara merentas desa yang akan berlangsung pada 22/1/2020.

Mesyuarat HEM juga berlangsung pada tarikh yang sama. Encik Khumaini selaku Guru HEM membentangkan hasil saringan murid yang mendapat RMT dan KWAMP. Beliau juga menyentuh tentang keselamatan terutama dalam bilik darjah.





Foto by Sir Afif 

Tahniah Pasukan Memanah SK Besout 3

Pada 20 Januari yang lalu berlangsung Sirkit Terbuka Memanah Daerah. Sirkit yang berlangsung di SESTA telah disertai oleh wakil Sekolah Besout 3.

Tahniah, peserta sekolah Daniel dan Irfan meraih tempat ke 3 dalam kategori bawah 12 tahun. Terima kasih kepada pihak penganjur dan jurulatih, Encik Ahmad Rafie dan cikgu Khumaini.








  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP