Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan Pelajar 2020

Pada 14 Februarai yang lalu telah diadakan Penyampaian Bantuan Kewangan Persekolahan Pelajar bagi tahun ini untuk murid-murid SK Besout 3.

Wang ini berupa sumbangan daraipada pihak kerajaan melalui KPM untuk pelajar-pelajar yang memenuhi syarat merujuk data dan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga di dalam sistem APDM.

Majlis penyerahan wang berjumlah RM 100 bagi pelajar yang berkelayakan itu berlangsung di Kantin SK Besout 3.








PROGRAM DIALOG PRESTASI UPSR 2020

Program ini dianjurkan oleh Panitia Tahun 6/2020 sebagai satu usaha meningkatkan pencapaian UPSR dan tahap penguasaan murid tahun enam 2020 dalam PDPC.

Sebagai salah satu budaya sekolah untuk berdiskusi bersama-sama ibu bapa,penjaga dan waris murid tahun 6.

Program ini dilancarkan dengan rasmi pada 14 Februari 2020 (Jumaat) yang lalu dikendalikan oleh guru-guru tahun 6, pentadbir, panitia-pania mata pelajaran di terajui oleh Encik Ahmad Rafie bin Mat Noor.

Seramai 36 murid tahun 6 sekolah SK Besout 3 dijangka akan menduduki UPSR pada tahun ini.














PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH TAHUN 2020

Berdasarkan surat KPM semua sekolah dan daerah perlu mengadakan Pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat sekolah pada 10 Februari 2020. 

Sekolah SK Besout 3,tidak ketinggalan melaksanakan pelancaran program tersebut berserta dengan program yang lain sepanjang bulan Januari dan Februari 2020.

Program ini bertujuan membudayakan amalan penyayang dalam kalangan warga SK Besout 3 melalui  program ziarah cakna dan seumpamanya. 

Pada pelancaran program ini Tuan Guru Besar Encik Mohd Zulkifli bin Mat  membacakan perutusan ziarah cakna Kementerian Pendidikan Malaysia semasa perhimpunan rasmi.











  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP