PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH TAHUN 2020

Berdasarkan surat KPM semua sekolah dan daerah perlu mengadakan Pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat sekolah pada 10 Februari 2020. 

Sekolah SK Besout 3,tidak ketinggalan melaksanakan pelancaran program tersebut berserta dengan program yang lain sepanjang bulan Januari dan Februari 2020.

Program ini bertujuan membudayakan amalan penyayang dalam kalangan warga SK Besout 3 melalui  program ziarah cakna dan seumpamanya. 

Pada pelancaran program ini Tuan Guru Besar Encik Mohd Zulkifli bin Mat  membacakan perutusan ziarah cakna Kementerian Pendidikan Malaysia semasa perhimpunan rasmi.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP