SEKAPUR SIRIH Dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini Sekolah Kebangsaan Besout 3 (SKB3).Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog sekolah lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.
Google Classrome
Google Classrome Login
GURU BESAR
EN. MOHD ZULKIFLI BIN MAT
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Pn Zalifah bt Noor
PK HEM
EN.KHUMAINI B MD ZAINI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Pn Umi Kalsom
TN HJ. ZAINUDDIN BIN MAT SYARIFFf
PN SARIMAH BT HAMZAH
Guru Kelas Tahun 6 Int
EN AHMAD RAFIE B MAT NOOR
Guru Tahun 6
TN HJ MEOR AHMAD ZUKHAIRUL AZWAN BIN MEOR RAMLI
Guru Kelas Th 4
EN MUHAIYIDIN ZAKARIA
Guru Kelas Tahun
EN MUHAMMAD FIRDAUS BIN MALEK
KP BM
EN MUHAMMAD AFIF AZRI
KP BM
PN SURIA BT ISMAIL
Setiausaha PIBG/Guru Kelas Tahun 6 Intelek
EN. AZIZI B ABDUL RAHMAN
Guru Bahasa Inggeris / Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Di dunia ini kita tidak akan dapat hidup sempurna dengan bersendirian. Kita perlu hidup bermasyarakat. Peranan jiran adalah amat penting dalam hidup bermasyarakat. Banyak perkara dapat dilakukan dengan adanya jiran dan masyarakat yang baik.
Sebagai contoh, kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita sekiranya kita tiada di rumah. Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut hari-hari perayaan atau cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.
Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama yang akan membantu kita sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar kita ke hospital. Selain itu anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu ketika berlaku kecemasan.
Masyarakat kita terkenal dengan semangat bergotong-royong. Kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dan mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Semua jiran yang berhampiran akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu dan sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.
Selain daripada itu, kita juga boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran. Hal ini dapat meringankan masalah yang dihadapi. Kita juga boleh berbual-bual dan berbincang bersama-sama jiran kita. Ini boleh mengeratkan lagi tali persaudaran dan perpaduan.
Daripada contoh-contoh di atas jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.
Panduan mudah menjawab bahagian A, Penulisan Bahasa Melayu UPSR(Membina Ayat).
1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (Siapa) Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......
2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa) Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,berbaris,memotong,membasuh......
3. Kenal pasti lokasi (di mana) Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.....
4. Gunakan kata sifat jika sesuai. Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.....
5. Gunakan kata hubung yang sesuai. Contoh: dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk.....
Contoh membina ayat mudah:
1. Seorang murid lelaki sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin. 2. Seorang lelaki sedang bersiar-siar di taman bunga. 3. Sekumpulan pelajar sedang duduk di bawah sepohon kayu yang rendang.
* Mungkin sesuai kepada sebahagian murid (lemah/sederhana).