Catatan Akhir Hari Persekolahan Sesi 2019

Hari ini berlangsung beberapa kejadian sebagai aktiviti akhir menjelang cuti akhir tahun dan penutup sesi persekolahan 2019 yang akan bermula esok.

Dimulakan dengan majlis bacaan Yassin, penyampaian hadiah sempena sambutan maulidurrasul yang lalu, taklimat dan serahan nota pembelian alatan persekolahan murid sesi 2020,jamuan kelas 3Intelek, pergerakan naik kelas sesi 2020,sesi photografi tahun6,jamuan kesyukuran pengusaha kantin dan majlis perpisahan dengan murid tahun 6.































Kemaskini Bilik Guru Sesi 2020 dan Mesyuarat Akhir 2019

Sebagai persediaan Sesi 2020, bilik guru juga perlu diberi sentuhan baharu. Ahlijawankuasa Kelab Guru dan Kakitangan SK Besout 3 dan sebahagian guru sedang mengemaskini tempat duduk dan ruang peralatan untuk keselesaan pada sesi akan datang.

Guru-guru turut disajikan dengan hidangan tengah hari tajaan cikgu Zuraidah dan dikendalikan Encik Hasrul dan Puan Syikin.

Pada sebelah petang pula dilaksanakan mesyuarat akhir Kurikulum,Ko-kurikulum dan HEM.












PPSR 2019

SKB3 : Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun 6 boleh diperolehi pada hari ini 21 November mulai jam 10.00 pagi di sekolah, menurut Guru Besar SK Besout 3,En. Mohd Zulkifli bin Mat.


Beliau dalam kenyataan hari ini berkata waris dibenarkan untuk mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran.

Encik Mohd Zulkifli berkata semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR AngkaGiliran atau PASR AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 21 November dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 30 November,"katanya.

Semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan














  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP