Forum Israk Dan Mikraj 1436

Hari ini berlangsung satu Program Forum Israk dan Mikraj anjuran Panitia Agama Islam. Panel atau tetamu undangan ialah Yang Berbahagia Ustaz Khalid bin Mat manakala moderatornya ialah Ustaz Hasrul Afandy bin Abdul Hamid. Majlis diserikan juga dengan persembahan qasidah dari kumpulan Soutul Huda yang di bimbingan oleh Ustaz Muhammad Naim bin Abdul Razak yang didatangkan khas dari Sungkai.






Laporan : Tokanpuakajoran.

Lawatan Bas Pintar Foundation ke SK Besout 3

Pada tahun ini merupakan kali ke 3 lawatan seumpamanya oleh PMLU PINTAR Foudation ke Sekolah Kebangsaan Besout 3, 35600 Sungkai,Perak Darul Ridzuan.

Bas canggih kendalian PINTAR Foundation adalah salah satu Unit Pembelajaran mirip perpustakaan bergerak secara bertema dan akan berkunjung ke sekolah-sekolah terpilih.

PINTAR Mobile Learning Unit (PMLU) atau Unit Pembelajaran Bergerak secara bertema ini  juga bertujuan menyebarkan informasi berkaitan Pendidikan,Sains, Kerjaya dan sebagainya khususnya kepada para pelajar atau generasi muda.

Mobile Learning Unit (PMLU) berada di bawah pengurusan pihak PINTAR Foundation dan mendapat kerjasama daripada lebih 25 syarikat antaranya, TNB, TM, CIMB, Boustead, SIME Darby dan lain-lain.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web PINTAR Foundation di http://www.mypintar.com.my/
 



















Diharapkan pihak PINTAR Foundation akan terus melaksanakan misinya dan dapat menjadikan agenda ini sebagai satu aktiviti rutin di SK Besout 3.

Terima kasih sudi berkunjung.

Catatan: Tokanpuakajoran

Selamat Hari Guru Warga SKB3

 


































  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP