Latihan Memberus Gigi dalam Kalangan Murid Dan Ceramah Kesihatan Pergigian

Pada hari ini juga berlangsung 1 lagi program Sekolah iaitu Latihan Memberus Gigi dalam kalangan murid Dan Ceramah Pergigian oleh Dr Tan Khai Shi daripada Klinik Pergigian, Sungkai.

Majlis ini adalah kemuncak kepada ujian dan pemeriksaan gigi secara berkala yang dilaksanakan secara rutin kepada murid-murid sekolah sejak sekian lama.

Doktor Dr Tan Khai Shi daripada Klinik Pergigian, Sungkai sudi memberikah ceramah tentang cara-cara menjaga kesihatan gigi. Sebelum itu, murid-murid melaksanakan aktiviti memberus gigi yang betul sambil diawasi pegawai-pegawai Klinik Pergigian.

















Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Program Jom ke Sekolah bersama-sama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

Hari  ini berlangsung Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM dan Pelancaran Buku Program Jom ke Sekolah Peringkat Sekolah Kebangsaan Besout 3.Program ini juga dilancar secara serentak di seluruh  Daerah Batang Padang.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)PDRM Koperal Muhammad Mustafa bin Mat Husin diiringi lagu Negaraku, Lagu Malaysia Bersih,Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.Disusuli dengan baccan doa oleh Encik Ahmad Dusuki.

Koperal Muhammad Mustafa bin Mat Husin kemudian nya menyampaikan ucapan mewakili PDRM manakala Tuan Guru Besar Encik Mihd Zulkifli bin Mat menyampaikan perutusan mewakili KPM.

Majlis diakhiri dengan pelancaran  Pelancaran Buku Program Jom ke Sekolah. Antara objektif utama program ini bertujuan menangani masaalah ponteng dalam kalangan murid sekolah. Turut serta dalam majlis ini ialah Naib Yang dipertua PIBG SK Besout 3, Encik Rosni b Salleh.





















  







 Publish by Cikgu Badr 2020.Gambar-gambar ikhsan En Ahmad Rafie Mat Noor

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP