‘apabila’ dan ‘bila’
bila = kata tanya waktuapabila = sendi waktu
Bila air bah, mereka pindah. (SALAH)
Apabila air bah, mereka pindah. (BETUL)
Dia datang bila dipanggil. (SALAH)
Dia datang apabila dipanggil. (BETUL)
Bila kamu datang? (BETUL)
Sampai bila kamu mahu begini? (BETUL)
Bilakah agaknya kau akan kembali? (BETUL)
Bilakah lagi kamu mahu berubah? (BETUL)
Bilalah agaknya hujan akan turun? (BETUL)
Nota: Apabila menggunakan 'bila', ia mesti diiringi tanda soal (?)
Masalah yang sama :
BalasPadamMana ..... mana-mana
Siapa ...... Siapa-siapa , sesiapa
Bila ...... bila-bila
Ya tuan...bahasa memang menarik, tetapi perlukan ketelitian ketika menulis...kadang2 terlepas pandang juga.
BalasPadam