SALAM AIDIL FITRI 1432H/2011M - Guru Besar SK Besout 3

Daripada:Tn.Hj.Mat Tajuddin b. Jailani - Guru Besar SK Besout 3
Dengan ingatan tulus ikhlas, saya Haji Mat Tajudin b Jailani, isteri,Pn. Hajah Faizah bt. Mohamad Said dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat,sahabat dan kenalan,saudara-mara dan warga pendidik di seluruh negara. Ucapan ini juga ditujukan khusus kepada warga Sekolah Kebangsaan Besout 3,anak didik dan ahli keluarga masing-masing. Semoga hari raya disambut dengan rasa syukur. Hari raya pada tahun ini amat bermakna kerana disambut bersamaan tarikh keramat iaitu ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 54. Kepada murid-murid tahun 6, saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.Semoga anda terus bersemangat untuk belajar dan mengulangkaji.SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP