Ceramah Anti Dadah Oleh AADK

Pada hari ini berlangsung Ceramah Anti Dadah Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Tapah dengan kerja sama FELDA Wilayah Trolak dan Unit HEM SK Besout 3. 

Objektifnya bagi mendedahkan kepada murid yang bakal melangkah ke alam remaja tentang kesan dan bahaya  penyalahgunaan dadah. 

Sasaran aktiviti  ialah murid-murid Tahun 6 SK Besout 3 yang telah selesai mendududki UPSR. Juga sebagai pengisian masa terluang selepas menduduki peperiksaan.

Sebilangan ibu bapa turut hadir mengikuti ceramah dan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan bersama-sama murid.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan semua pihak dalam melaksanakan aktiviti.













Pada hari ini juga berlangsung majlis sambutan hari jadi Cikgu Mahiyuddin Zakaria.Semoga panjang umur dan murah rezeki dan diberkati.Terima kasih atas jamuan yang disajikan.





Publish by Cikgu badr 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP