Pemberitahuan Bukan Lagi Admin Blog dan Serahan Tugas 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai hari ini 6 Mac 2020, saya Badrol Hisham bin Zainol Abidin bukan lagi admin blog sekolah http://skb3.blogspot.com/

Pada kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang saya mengemudi halaman ini terdapat salah dan silap yang tidak disengajakan dan menimbulkan rasa kurang senang khalayak pembaca dan pelayar halaman ini.

Saya juga memohon jutaan kemaafan seandainya terdapat kesalahan lain yang menyinggung perasaan semua warga SK Besout 3 khususnya dan warga Gugusan Besout amnya sepanjang saya berkhidmat di Gugusan FELDA BESOUT sejak 16/8/1988 sehingga 2/3/2020.
Bersama-sama siaran akhir ini saya paparkan juga sebahagian guru yang turut bertukar dan meninggalkan SK Besout 3. 

Mereka ialah: 

1. Cik Norhidatul Erma bt Kamaruddin, 

2. Puan Zuraidah bt Tauhid

3. Ustaz Dusuki bin Zulkifli.

Harapan kami, moga SK Besout 3 akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

Antara paparan kenangan kami sepanjang berkhidmat di sini boleh diikuti di https://youtu.be/Ua0LBbQwGnk


Publish by Cikgu Badr 6/3/2020

3 ulasan:

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP