Sebentar tadi berlangsung taklimat perkhemahan unit-unit berunifom 2019. Info menyusul... Tungguuuu!
Ceramah Persediaan Awal Remaja, Jati Diri dan Kepimpinan
Berlangsung satu lagi aktiviti tahun 6. Ceramah Motivasi Jati Diri dan Kepimpinan. Program dikendalikan oleh Panitia Tahun 6 sebagai salah satu persediaan ke alam remaja dan menengah.
Murid-murid Tahun 5 juga dilibatkan sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR dan kepimpinan SKB3 dalam kalangan murid menjelang 2020.
Aktiviti berlangsung dari pukul 7.45 pagi hingga 10.45 pagi dikendalikan oleh Guru Kaunselor SMK Sungai Keruit Encik Muhammad Hayadi bin Abd. Ghani juga dikenali sebagai Pak Long dalam kalangan pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Aktiviti Mencanting Batik
Sepanjang waktu terluang murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR didedahkan dengan aktiviti yang bermanfaat. Antaranya pertandingan, permainan,perkhemahan,cara memasak dan sebagainya.
Hari ini berlangsung satu lagi aktiviti iaitu melukis dan mencanting batik. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Zuraidah Tauhid,Ustaz Hasrul,Panitia Seni dan guru-guru tahun 6.
Publish by Cikgu Badr. Foto by Guru Tahun 6.
Langgan:
Catatan (Atom)








































