Selamat Menyambut Aidil Fitri 1436 H

Guru Besar dan warga SK Besout 3, mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri 1436 H / 2015 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Dengan ingatan tulus ikhlas, “minal aidin wal faizin" serta maaf zahir dan batin. Taqabalalallahu minna wa minkum, shiamana wa shiamakum, yang artinya “Semoga Allah menerima amalan-amalan yang telah aku dan kalian lakukan, puasaku dan puasa kalian”. Moga-moga amalan kita diberkati oleh Allah SWT. Wallahuaqlam.

SK Besout 3 akan bercuti mulai 15.7.2015  hingga 21.7. 2015

Program Penghayatan Ramadhan 1436

Sebahagian murid sedang melaksanakan aktviti sempena Penghayatan Ramadhan @ Ehya Ramadhan 1436 H.






Sumbangan Awal Ramadhan Untuk Anak-anak Yatim SKB3

Walaupun usia Ramadhan baru menjelang sehari namun keberkatannya telah dirasai oleh sebahagian golaongan asnaf. Pagi tadi telah diadakan sumbangan awal sempena Ramadhan oleh salah seorang

usahawan kecil di Felda Besout 3, En. Narul Hisham kepada anak -anak yatim yang juga merupakan pelajar-pelajar sekolah sk Besout 3 yang berjumlah 13 orang.



Sebahagian anak-anak yatim SKB 3 sedang menerima buah tamar dan sedikit bantuan kewangan sempena awal Ramadhan.

Kepada usahawan lain yang ingin turut membuat sumbangan dialu-alukan dengan mengemukakan permohonan kepada Panitia Agama Islam SKB 3.

Terima kasih.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP