Aktiviti Selepas UPSR: Satu Hari Satu Muka Surat Al quran

Pada hari ini Panitia Sains dan Matematik telah melancarkan Program 1 Hari 1 Muka Surat Al Quran sebagai salah satu Program Selepas UPSR bagi murid-murid Tahun 6 SK Besout 3.

Program yang julung-julung kali ini di sekolah ini adalah salah satu langkah positif Panitia sains dan Matematik yang dikendalikan oleh Tn Hj Zainuddin dan Puan Sarimah sebagai santapan rohani kepada murid-murid Tahun 6 SK Besout 3.

Aktiviti ini juga bertujuan menbantu Panitia Agama Islam bagi memastikan murid-murid dapat membaca al Quran dengan baik dan berusaha untuk membantu murid-murid agar khatam Quran sebelum menjejak kaki ke alam menengah.







Pertandingan Menulis Menggunakan Aplikasi Word Untuk Murid Tahun 5 dan Tahap 2

Pada 15 Oktober yang lalu, Panitia TMK SK Besout 3 telah melancarkan pertandingan menulis menggunakan aplikasi word dan mengubahsuai bahan tersebut menggunakan alikasi power point untuk murid-murid tahap 2.

Panitia TMK akan terus melaksanakan pertandingan ini dari masa ke masa sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR serta persediaan ke alam menengah dan pengayaan kepada murid Tahun 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi saingan global pada masa hadapan.

Dalam pertandingan tersebut, Mohamad Shamimi bin Azman telah memenangi ketegori penulisan menggunakan aplikasi Word bagi kelas Tahun 5 Intelek manakala pertandingan untuk kelas lain dan kategori yang berlainan masih diteruskan.


Aktiviti Lepas UPSR - Pertandingan Catur Dalaman

Pertandingan Catur yang diadakan pada 15 Oktober yang lalu adalah sebagai salah satu Program Selepas UPSR.

Program ini bertujuan mengisi masa lapang dan sebagai salah satu aktiviti riadah dan santai di samping meningkatkan daya fikir dan daya juang dalam kalangan murid setelah menduduki UPSR.

Pertandingan ini diadakan secara kalah mati dan dimenangi oleh Muhammad Afik Syakir kategori lelali dan Siti Nurhalizawati binti Ayub bagi kategori perempuan.





  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP