Aktiviti Selepas UPSR: Satu Hari Satu Muka Surat Al quran

Pada hari ini Panitia Sains dan Matematik telah melancarkan Program 1 Hari 1 Muka Surat Al Quran sebagai salah satu Program Selepas UPSR bagi murid-murid Tahun 6 SK Besout 3.

Program yang julung-julung kali ini di sekolah ini adalah salah satu langkah positif Panitia sains dan Matematik yang dikendalikan oleh Tn Hj Zainuddin dan Puan Sarimah sebagai santapan rohani kepada murid-murid Tahun 6 SK Besout 3.

Aktiviti ini juga bertujuan menbantu Panitia Agama Islam bagi memastikan murid-murid dapat membaca al Quran dengan baik dan berusaha untuk membantu murid-murid agar khatam Quran sebelum menjejak kaki ke alam menengah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP