Aktiviti Selepas UPSR: Latihan Kesenian - Menggunakan Alatan Muzik Angklong

Penggunaan alatan muzik dan elemen kesenian juga tidak ditinggalkan dalam proses PDPC. Sebagai mengisi masa yang terluang, guru-guru Tahun 6 dan guru-guru subjek tertentu cuba sedaya upaya untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam semua bidang sebagai langkah mempersiapkan murid dengan kepelbagaian ilmu agar dapat bersaing pada masa hadapan.

Melalui alatan dan sumber yang ada, murid-murid diajar bermain angklong. Permainan alatan muzik ini bukan sahaja dapat melahirkan irama yang unik bahkan dapat menjadikan murud-murid bekerjasama secara berpasukan kerana lagu-lagu dari irama angklong lebih mudah dihasilkan melalui permainan secara berkumpulan.

Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Rafie bin Mat Nor.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP