Jumaat - 19 Oktober 2018.
Seawal jam 2.15 petang peserta telah tiba di perkarangan sekolah. Pendaftaran selesai seawal jam 2.45 petang.
Usai pendaftaran, peserta ditaklimatkan oleh Timbalan Komandan Kem Perkhemahan. Pada kali ini SK Besout 3 telah membuat perancangan untuk mengadakan perkhemahan di Pusat Ko Daerah yang terletak di FELDA Sungai Kelah.
Selesai taklimat, peserta dan guru pengiring yang berjumlah hampir 70 orang bergerak menaiki bas yang disewa khas, selebihnya menaiki kereta guru-guru yang kesemuanya terlibat sebagai petugas dan pembantu Juru Latih Khas Pusat Ko yang terlibat dalam program ini.
Sekitar pukul 4.00 petang kenderaan yang membawa peserta perkhemahan tiba di perkarangan Pusat Ko dan disambut oleh petugas dan juru latih. Selesai sesi taklimat ringkas, peserta mendirikan solat Asar berjamaah,
Selesai solat Asar, peserta mendirikan khemah dengan dibantu oleh juru latih dan guru pengiring.
Kemudian peserta mengikuti aktiviti pengenalan " Radio Amatur" oleh juru latih Pusat Ko, Tn Hj Badrul Hisham Aziz.
Selesai sesi penerangan "Pengenalan Radio Amatur" peserta, juru latih dan guru-guru pengiring menikmati hidangan malam diikuti solat maghrib berjamaah dan bacaan Yassin..
Selepas solat isyak peserta mengikuti aktiviti latihan dalam kumpulam (LDK)
Aktiviti Radio Amatur dan Night Walk.
Aktiviti Jejak Spora
Aktiviti tamat sekitar pukul 12.00 malam. Menjelang pukul 1.30 pagi suasana kem sunyi sepi. Hanya sesekali terdengar suara batukan kecil daripada peserta. Malam dingin sekali. Guru-guru bertugas dan juru latih mengambil kesempatan berehat dan melelapkan mata.
HARI KE 2
20 Oktober 2018. Sekitar pukul 4.30 pagi sudah kedengaran suara peserta. Tandanya mereka tidak sabar untuk beraktiviti. Usai membersih, mengemas diri dan menunaikan solat subuh, mereka menikmati sarapan pagi.
Mereka ditaklimatkan dengan aktiviti hari ini. Flying Fox, Replying, Orienteering dan Berbasikal yang dijalankan secara bass.
Big Boss @ GB SK Besout 3 turut hadir.
Menikmati makan tengah hari selepas beraktiviti.
Solat Zuhur dan disambung dengan aktiviti air . Saksikan aktiviti mereka.
Selain jurulatih berpengalaman dari Pusat Ko Negeri Perak, guru-guru SK Besout 3 juga turut membantu menjalankan aktiviti ini. Peserta di ajar cara-cara mengapungkan diri di dalam air mengikut formasi tertentu.
Aktiviti air hanya sempat dilaksanakan sebanyak dua formasi . Hujan mulai turun dan para peserta diarahkan menamatkan aktiviti. Hujan kemudiannya beransur lebat.
Menjelang mata hari hampir melabuhkan tirai peserta membersihkan diri dan menikmati makan malam, peserta solat Maghrib berjemaah diikuti tazkirah tentang Adab yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ishak Mahmood.
Acara seterusnya ialah Malam Kebudayaan. Peserta membuat persembahan dalam kumpulan. Guru-guru menyediakan hidangan tengah malam "berbeku". Kemuncak acara ialah penutup dan penghargaan. Guru Besar, En Mohd Zulkifli b Mat menyampaikan hadiah, penghargaan dan menutup aktiviti perkhemahan sesi 2018.
HARI KE 3
Berkemas dan Berangkat Pulang.
SEHINGGA BERTEMU LAGI PADA SESI PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFOM 2019.
(Bye bye !)
Gambar sumbangan Tokanpuakajoran, Ustaz Hasrol, Tn. Hj Zainuddin, En. Ahmad Rafie, En. Moin, En. Azizi, Miss Erma, En Rosli dan En. Afif Azri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan