Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Kebangsaan Besout 3 / 2019

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan salah satu keraian yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali negara kita. Namun, sambutannya disambut pada tarikh yang berbeza-beza bagi setiap negara. Ada sesetengah negara yang menjadikan Hari Kanak-Kanak sebagai hari cuti umum.

Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak biasanya disambut pada hari Sabtu Minggu keempat pada bulan Oktober.Sambutan ini bertujuan meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak.

Sekolah Kebangsaan Besout 3 (SKB3) juga tidak ketinggalan mengada Program Sambutan Hari Kanak-Kanak. Pada setiap tahun program ini akan diatur dan dirancang di dalam Takwim Persekolahan di bawah bidang HEM dan Kokurikulum. 

Antara pengisian sambutan pada hari ini ialah acara kerohanian seperti bacaan doa,senam robik,sukaneka dan acara pentas.Pengisian yang demikian rupa dirancang bagi membolehkan pihak sekolah mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan silaturrahim diantara kanak-kanak (murid) dengan guru-guru dan  pihak sekolah.

















































Publish by Cikgu Badr n Tn Hj Zainuddin MS

Ceramah Anti Dadah Oleh AADK

Pada hari ini berlangsung Ceramah Anti Dadah Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Tapah dengan kerja sama FELDA Wilayah Trolak dan Unit HEM SK Besout 3. 

Objektifnya bagi mendedahkan kepada murid yang bakal melangkah ke alam remaja tentang kesan dan bahaya  penyalahgunaan dadah. 

Sasaran aktiviti  ialah murid-murid Tahun 6 SK Besout 3 yang telah selesai mendududki UPSR. Juga sebagai pengisian masa terluang selepas menduduki peperiksaan.

Sebilangan ibu bapa turut hadir mengikuti ceramah dan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan bersama-sama murid.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan semua pihak dalam melaksanakan aktiviti.













Pada hari ini juga berlangsung majlis sambutan hari jadi Cikgu Mahiyuddin Zakaria.Semoga panjang umur dan murah rezeki dan diberkati.Terima kasih atas jamuan yang disajikan.





Publish by Cikgu badr 2019.

Lawatan ke Pulau Pinang

Salah satu aktiviti tahunan SKB3 ialah Belajar Sambil Melawat. Destinasi kali ini ialah ke Pulau Mutiara. Lawatan dua hari ini disertai oleh murid-murid Tahun 6, Pengawas Sekolah dan PSS diiringi oleh 4 orang guru dan kakitangan.

























Publish by Cikgu Budr. Foto by Miss Erma.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP