Sambutan Hari Kanak-kanak 2018

Jumaat/19/10/2018: Berlangsung sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah.

Ringkasan Peristiwa:

7.30 Pagi - Bacaan Yassin dan Doa Selamat.
8.15 Pagi - PDPC
9.15 Pagi - Berkumpul di Padang Sekolah, Senamrobik dan Sukaneka.
10.40 Pagi - Rehat, Jamuan Guru dan Murid.
11.15 Pagi - Ucapan Penutup / Pemberian hadiah / Pengumuman Tokoh Murid setiap kelas dan / Pemberian ais krim dan kek untuk kanak-kanak.
12.05 Tengah hari - Bersurai.











































Gambar ehsan : Ustaz Hasrul, Tn Hj Zainuddin & Tokanpuakajoran 2018.

Aktiviti Selepas UPSR: Latihan Kesenian - Menggunakan Alatan Muzik Angklong

Penggunaan alatan muzik dan elemen kesenian juga tidak ditinggalkan dalam proses PDPC. Sebagai mengisi masa yang terluang, guru-guru Tahun 6 dan guru-guru subjek tertentu cuba sedaya upaya untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam semua bidang sebagai langkah mempersiapkan murid dengan kepelbagaian ilmu agar dapat bersaing pada masa hadapan.

Melalui alatan dan sumber yang ada, murid-murid diajar bermain angklong. Permainan alatan muzik ini bukan sahaja dapat melahirkan irama yang unik bahkan dapat menjadikan murud-murid bekerjasama secara berpasukan kerana lagu-lagu dari irama angklong lebih mudah dihasilkan melalui permainan secara berkumpulan.

Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Rafie bin Mat Nor.






Aktiviti Selepas UPSR: Solat Sunat Dhuha Amalan Harian

Salah satu amalan rutin yang sering dilakukan oleh murid-murid dan guru ialah amalan Solat Sunat Dhuha. Amalan ini bertujuan melahirkan rasa syukur murid terhadap kurniaan Allah disamping mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan sunnah.

Sebahagian murid Tahun 6 sedang melakukan amalan Solat Sunnat Dhuha secara berjamaah.





Selain Solat Sunat Dhuha, murid-murid juga membaca yassin pada pagi Jumaat yang dikendalikan oleh Panitia Tahun 6.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP